"‎ لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ"

Kepentingan detox badan untuk kurus dengan cara selamat

Pernah tak dengar kata-kata ni?
" Kalau nak kurus, make sure badan kene melalui proses detox dulu" 
Kenapa agaknya ya. Apa reason behind that?

Apakah yang dikatakan Detox
Detox atau nama glemernya adalah nyahtoxin merupakan satu proses membuang kekotoran atau sisa yang tidak diperlukan dari badan. Secara amnya, badan kita memang melakukan detox secara semulajadi contohnya melalui perkumuhan, perpeluhan dan pembuangan najis. Namun kadangkala proses ini menjadi tidak lancar dan tidak semua dapat dinyahkeluar dari badan terutamanya apabila melibatkan kolon.



Kenapa kena detox
Kekotoran ataupun toksik yang terkumpul dalam badan boleh menyebabkan beberapa penyakit serius. In fact, kebanyakan penyakit hari ini adalah berpunca daripada badan yang penuh toksik. Antara penyakit akibat daripada usus yang penuh toksik adalah
  • Darah tinggi 
  • Jantung
  • Hati
  • Buah pinggang
  • Kencing manis
Dan antara tanda bahawa anda perlukan detox adalah seperti berikut :-
  • Sakit kepala yang kerap 
  • Keletihan 
  • Kulit Kusam 
  • Selalu jatuh sakit seperti demam
  • Sembelit
Dan satu kemungkinan yang paling disaster adalah segala penyerapan vitamin dan mineral menjadi lemah dan menyebabkan badan tidak cukup nutrisi yang diperlukan.



Apa kaitan detox dan kurus

Proses detox akan buang kotoran dan bersihkan usus. Proses kuruskan badan kadangkala tidak berkesan bukan kerana sesuatu product yang diambil tapi kemungkinan besar ianya berpunca daripada usus yang penuh toksik dan tidak menyerap nutrisi dari product secara optimum. Jadi jika anda nak kurus atau dalam proses nak kurus, perkara pertama yang pelu dibuat adalah detox! Bersihkan usus anda supaya penyerapan vitamin berlaku dengan lebih berkesan dan optimum. Ini kerana nutrien tertentu iaitu carbo, protin dan fiber memainkan peranan yang besar dalam proses penurunan berat badan. Contohnya protin sangat penting bilamana seseorang nak kurus. Protin membantu dalam membina dan membaiki tisu-tisu otot supaya kadar metabolisme badan dapat dipertingkatkan dan seterusnya membakar lemak untuk ditukarkan kepada tenaga. Jadi adalah penting zat protin dapat diserap dengan baik oleh usus. Jika usus penuh toksik, zat protin tidak dapat diserap dan peranan protin tidak berlaku dengan cara yang optimum.



Bagaimana nak detox dengan cara semulajadi dan selamat

Terdapat pelbagai cara untuk melakukan detox. Salah satu yang paling utama adalah pastikan minum air kosong dengan secukupnya setiap hari. Bagaimana untuk menentukan kandungan air yang perlu diminum bergantung kepada berat badan. Formulanya cukup mudah

Berat badan x 40 = ___________ml 

Selain itu, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan tertentu seperti lemon, limau, oren adalah agen detox semulajadi yang selamat untuk diamalkan. Cara paling jimat adalah dengan berpuasa. 

Air Detox bagi yang inginkan tubuh idaman

Air Detox bagi yang inginkan tubuh idaman


Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan tubuh daripada segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak atau bahan buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.



Ramai antara kita yang inginkan tubuh badan yang sihat di samping mempunyai bentuk tubuh yang menarik. Jalan pintas adalah dengan memakan bahan-bahan atau pil yang di katakan mampu mendetox, membuang lemak dan menguruskan tubuh badan tanpa kita fikirkan kesan sampingan yang bakal kita hadapi kemudian hari. Bagi mereka yang berkemampuan pula mengambil pendekatan mudah dengan mengunjungi pusat perampingan badan. Sedar-tak sedar kita telah mengeluarkan belanja yang besar semata-mata ingin mendapatkan bentuk tubuh yang kita inginkan. 

Tahukah anda, bahawa anda sendiri boleh melakukan proses mendetox atau menyingkirkan bahan toksik, lemak atau bahan buangan dari tubuh anda. Apa yang penting sentiasa mendispilinkan diri, jaga pemakanan yang seimbang dan sihat serta kerap melakukan aktiviti membuang toksik atau lebih mudah lagi melakukan senaman ringan.


Menjaga pemakanan adalah proses detox yang paling baik, antara sayur-sayuran yang  paling penting untuk proses detox adalah celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato dan lobak. Manakala buah-buahan pula adalah buah-buah citrus seperti epal hijau, nenas, lemon, oren, dan pear. 

Hari ni kita belajar bagaimana untuk menyediakan minuman yang dapat melakukan proses detox pada tubuh kita. Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas di samping kita juga dapat berjimat kerana bahannya tidaklah terlalu mahal di samping ianya adalah dari bahan asli tanpa pengawet.

Antara fungsi terbaik jika kita amalkan minum minuman detox ni ialah ianya dapat :
  • mencuci dalaman perut dan usus
  • menurunkan berat badan
  • mengempiskan perut
  • melegakan sakit tekak
  • mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi
  • membuang toksin dalam badan
  • mengurangkan masalah selsema
 Macam mana dah tak sabar dah nak memulakan proses detox anda?
Jom ikut ita, ita tunjukkan kaedah penyediaan air detox yang mudah di sediakan ini.



AIR DETOX

Anda boleh gunakan apa-apa sahaja buah-buahan citrus, seperti limau nipis, lemon, oren, limau kasturi, nenas, epal hijau, tembikai, pear, timun, strawberry, atau lain-lain buah-buahan yang membantu proses detox.
Buah-buahan ini anda pilih lah beberapa biji yang anda suka. Kalau boleh berlainan warna kerana fungsi warna juga membantu dalam proses detox
Anda juga boleh tambahkan daun pudina untuk rasa yang lebih segar


Potong atau hiris buah-buahan ini nipis-nipis.
Kemudian masukkan ke dalam botol atau balang yang boleh di tutup nanti


Kemudian tambahkan air sejuk atau air dari peti ais sebanyak 1 liter.
Jika suka anda boleh tambahkan ketulan ais, tapi anda harus ingat ketulan ais tidak baik untuk kesihatan.


Bila semuanya dah sempurna, tutup bekas dan simpan dalam peti ais semalaman atau paling kurang 8 jam sebelum boleh di minum.


Sebaiknya anda minum pada awal pagi sebelum menjamah makanan. Bagi anda yang bekerja ita cadangkan anda lakukan pada hujung minggu kerana tau-tau aje lah kan.. namapun detox sudah semestinya anda akan kerap ke tandas. Jadi pastikan iannya tidak menganggu rutin harian anda sehari-hari. Selamat mencuba!



Tips mengecilkan pori-pori muka

Liang pori yang lebih kecil membuat kulit anda kelihatan licin, lebih lembut, dan lebih muda. Terdapat beberapa perkara yang boleh membuat liang anda kelihatan besar yang boleh membuatkan kulit anda kelihatan kasar dan tidak sekata. Apabila anda mempunyai kulit lembut, anda tidak perlu mengenakan solekan pun kerana kulit wajah yang glowing anda itu pasti membuatkan mata yang memandang anda terpaku. Jadi kami ingin kongsikan beberapa tips kecantikan untuk mengecilkan liang pori wajah anda.



1. Mengambil kolagen

Jika anda ingin mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil, anda benar-benar perlu mencari produk penjagaan kulit yang baik. Amat penting untuk mencari produk yang meningkatkan pengeluaran kolagen wajah. Cari barangan penjagaan kulit yang meningkatkan elastin dalam kulit anda. Dapatkan produk yang mengandungi kolagen untuk menganjalkan kulit wajah anda.

2. Ambil produk yang mengandungi Vitamin C

Vitamin C adalah bahan yang benar-benar perlu jika anda mahu liang kecil. Sebagai hakikatnya, vitamin C itu sendiri akan meningkatkan pengeluaran kulit baharu yang mengandungi kolagen dan elastin. Anda boleh mencari produk-produk yang mengandungi bahan itu atau anda boleh menggabungkan ia ke dalam diet harian anda atau mengambil vitamin sebagai makana tambahan setiap hari.

3. Buang sel kulit mati

Apabila sel-sel kulit mati tidak dibuang dari wajah anda, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada liang pori yang lebih kecil. Anda perlu mencuci muka anda setiap hari.Cari pencuci muka dan pembersih yang mengandungi alpha hydroxy.

4. Buang sebum berlebihan

Sebum berlebihan, atau minyak boleh membesarkan liang anda. Kulit anda secara semulajadi akan menghasilkan sebum, kerana anda perlu sedikit daripada minyak itu. Jadi, anda perlu menggunakan pencuci muka yang boleh membuang minyak di wajah yang berlebihan, akan tetapi, cuba elak dari menggunakan produk yang kasar yang boleh merosakkan wajah anda. Terdapat beberapa topeng muka buatan sendiri anda boleh cuba buat.

5. Stimkan wajah anda 

Anda tidak perlu pergi ke spa untuk mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil. Rawatan wap sangat baik untuk wajah anda dan anda boleh buat di rumah. Apa yang anda perlukan adalah air panas, jus lemon, ais, dan tuala. Isi mangkuk besar dengan air panas dan letakkan muka anda di atasnya selama 3-5 minit. Selepas itu, letakkan beberapa jus lemon di atas kain tuala anda dan sapukan di seluruh muka anda. Bilas dengan air, kemudian sapu ais di seluruh kulit anda. Beri perhatian khusus kepada kawasan liang terbesar. Teruskan rawatan ini untuk setengah minit atau lebih . Liang anda akan menjadi lebih kecil dalam masa yang singkat.

6. Bersihkan wajah daripada sebarang solekan sebelum tidur

Ini adalah salah satu tip penjagaan kulit yang terbaik untuk membuat liang anda lebih kecil, tetapi majoriti wanita cenderung untuk mengabaikannya termasuk diri saya sendiri.  Ada wanita yang malas untuk mencuci wajah mereka sebelum tidur dan merungut apabila liang pori wajah mereka besar. Jadi cuba untuk membersihkan wajah anda sekerap mungkin kerana bukan sahaja liang akan tersumbat dengan lebih cepat, tetapi jerawat juga akan tumbuh di wajah mulus anda.

7. Gunakan topeng wajah /masker kecantikan

Cuba untuk gunakan topen wajah atau facemask untuk mengekalkan kebersihan wajah anda. Terdapat beberapa resepi topeng wajah di Wanista.com yang boleh anda cuba

Kebaikan toner / penyegar muka

Kenapa Perlu Pakai Toner (Penyegar Kulit)? – Bila sebut tentang penjagaan kulit wajah, rata-rata memang ramai yang rajin mencuci wajah dengan pencuci muka tapi sayang kerana ianya hanya terhenti di situ sahaja termasuklah saya sebelum ini.  Apatah lagi mahu menyapu toner ke muka. Memang jauh sekali. TETAPI, saya yang sekarang tidak lagi .



Segalanya berubah bila saya mengetahui betapa pentingnya perlu pakai toner untuk kulit wajah yang cantik hasil tarbiyah seorang kakak manis ini.Jadi sekarang saya mahu kongsikan dengan anda semua, kenapa perlu pakai toner ( penyegar kulit).

Apa yang pencuci muka lakukan pada muka kita?
Apabila kita mencuci muka, pencuci muka akan menanggalkan segala kotoran dan menghilangkan minyak dalam liang-liang pori di kulit. Hasilnya, liang-liang pori akan terbuka selepas dicuci. Jika anda sekadar mencuci muka sahaja, kebarangkalian untuk liang pori anda semakin membesar ataupun muncul jerawat-jerawat halus adalah lebih tinggi dan membawa kepada masalah kulit kering dan kusam. Untuk mereka yang memakai solekan di muka, pencuci muka sahaja tidak memadai untuk membuang baki solekan di muka anda, Di sini pentingnya untuk menggunakan toner yang ramai orang suka skip.

Kenapa Toner Penting Untuk Penjagaan Kulit Wajah ?(1)

(1) Imbang pH kulit

Kulit wajah kita adalah dalam keadaan berasid secara semulajadi di antara pH5~6. Rata-rata pencuci muka mempunyai sifat beralkali menyebabkan imbangan pH kulit terganggu selepas mencuci wajah. Jadi, kulit muka perlu bekerja lebih masa untuk mengembalikan pH asal dan mungkin membawa kepada masalah minyak berlebihan. Dengan menggunakan toner, proses ini dapat dilakukan dengan lebih cepat.

(2) Mengecilkan liang-liang pori 

Toner akan menutup kembali liang-liang pori yang terbuka selepas proses mencuci. Penggunaan toner secara konsisten setiap hari akan memberikan kulit dengan pori yang semakin kecil

(3) Membentuk lapisan pelindung di kulit

Toner membantu mengecilkan jurang di antara sel-sel kulit selepas mencuci kulit seterusnya mengurangkan risiko kotoran-kotoran daripada alam sekitar tersumbat di kulit wajah, Ia juga melindungi kulit muka terdedah terus kepada klorin dan mineral lain yang terkandung di dalam air paip

(4) Memberikan kelembapan kulit

Sesetengah toner mengandungi bahan pengekal kelembapan kulit bermakna, toner membantu untuk mengekalkan kulit yang lembab.


Tips rambut cepat panjang



  1. Buangkan hujung rambut bercabang. Jika pada hujung rambut terlihat bercabang, segeralah untuk menggunting hujung rambut tersebut. Hal ini kerena cabang pada hujung rambut merupakan bahagian yang kering dan boleh menjadi lebih lebih panjang cabangnya jika tidak digunting. Cabang pada rambut ini juga memperlambat pertumbuhan rambut.
  2. Lancarkan peredaran darah dikepala. Rambut  juga memerlukan nutrisi untuk proses pertumbuhannya. Nutrisi ini diperoleh dari darah yang membawa oksigen dan juga zat makanan ke rambut . Oleh itu, jika peredaran darah tidak lancar, maka pertumbuhan rambut boleh terganggu. Untuk melancarkan peredaran darah ini,  hanya perlu memicit-micit ringan kulit kepala selama 15-20 menit setiap bangun tidur atau sebelum tidur. 
  3.  Jangan selalu menggunakan aksesoris rambut. Hindari penggunaan sepit atau skarf rambut karena akan dapat mengakibatkan rambut menjadi patah. Sebaiknya  menyepit rambut disaat rambut mengganggu aktiviti anda.
  4.  Usahakan untuk tidak keramas setiap hari. Mengeramas rambut dengan shampo setiap hari, akan dapat menghilangkan minyak dan juga nutrisi yang ada di rambut. Sebaiknya keramas menggunakan shampo hanya 2-3 kali seminggu saja. Jika rambut termasuk rambut yang cepat kotor dan perlu di keramas setiap hari, gunakanlah sedikit condisioner rambut setelah membasahkan rambut. Condisioner ini sangat ampuh untuk menghilangkan kotoran dan juga melembutkan rambut tanpa harus menggunakan shampo.
  5. Sisir rambut selalu. Selain untuk merapikan dan membuat rambut terlihat lurus, ternyata menyisir rambut juga boleh membantu pertumbuhan rambut karena disaat menyisir rambut ikut tertarik sedikit demi sedikit. Namun, menyisirnya harus secara perlahan agar tidak mengakibatkan rambut menjadi gugur atau patah.
  6.  Gunakan penutup rambut pada siang hari. Penutup rambut seperti topi atau selendang boleh digunakan disaat matahari sedang terik. Sinar matahari boleh membuat rambut menjadi kering dan bercabang. 
  7. Gunakanlah tonik rambut. Tonik rambut sangat berguna untuk mempercepat pertumbuhan rambut dan juga menjaga kekuatan rambut. Gunakanlah tonik rambut sehabis keramas lalu picit-picit kulit kepala agar nutrisi yang terdapat pada tonik boleh masuk kedalam kulit kepala.
  8. Minimalkan pengunaan alat elektronik untuk menata rambut. Alat penata rambut seperti hair dryer, atau pengeriting rambut boleh membuat rambut menjadi kering. Memang penggunaan alat-alat ini sah-sah saja untuk membuat tampil cantik namun janganlah terlalu sering menggunakannya. Karena rambut indah yang diharapkan boleh jadi menjadi kering dan kusam.