"‎ لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ"

Kebaikan toner / penyegar muka

Kenapa Perlu Pakai Toner (Penyegar Kulit)? – Bila sebut tentang penjagaan kulit wajah, rata-rata memang ramai yang rajin mencuci wajah dengan pencuci muka tapi sayang kerana ianya hanya terhenti di situ sahaja termasuklah saya sebelum ini.  Apatah lagi mahu menyapu toner ke muka. Memang jauh sekali. TETAPI, saya yang sekarang tidak lagi .



Segalanya berubah bila saya mengetahui betapa pentingnya perlu pakai toner untuk kulit wajah yang cantik hasil tarbiyah seorang kakak manis ini.Jadi sekarang saya mahu kongsikan dengan anda semua, kenapa perlu pakai toner ( penyegar kulit).

Apa yang pencuci muka lakukan pada muka kita?
Apabila kita mencuci muka, pencuci muka akan menanggalkan segala kotoran dan menghilangkan minyak dalam liang-liang pori di kulit. Hasilnya, liang-liang pori akan terbuka selepas dicuci. Jika anda sekadar mencuci muka sahaja, kebarangkalian untuk liang pori anda semakin membesar ataupun muncul jerawat-jerawat halus adalah lebih tinggi dan membawa kepada masalah kulit kering dan kusam. Untuk mereka yang memakai solekan di muka, pencuci muka sahaja tidak memadai untuk membuang baki solekan di muka anda, Di sini pentingnya untuk menggunakan toner yang ramai orang suka skip.

Kenapa Toner Penting Untuk Penjagaan Kulit Wajah ?(1)

(1) Imbang pH kulit

Kulit wajah kita adalah dalam keadaan berasid secara semulajadi di antara pH5~6. Rata-rata pencuci muka mempunyai sifat beralkali menyebabkan imbangan pH kulit terganggu selepas mencuci wajah. Jadi, kulit muka perlu bekerja lebih masa untuk mengembalikan pH asal dan mungkin membawa kepada masalah minyak berlebihan. Dengan menggunakan toner, proses ini dapat dilakukan dengan lebih cepat.

(2) Mengecilkan liang-liang pori 

Toner akan menutup kembali liang-liang pori yang terbuka selepas proses mencuci. Penggunaan toner secara konsisten setiap hari akan memberikan kulit dengan pori yang semakin kecil

(3) Membentuk lapisan pelindung di kulit

Toner membantu mengecilkan jurang di antara sel-sel kulit selepas mencuci kulit seterusnya mengurangkan risiko kotoran-kotoran daripada alam sekitar tersumbat di kulit wajah, Ia juga melindungi kulit muka terdedah terus kepada klorin dan mineral lain yang terkandung di dalam air paip

(4) Memberikan kelembapan kulit

Sesetengah toner mengandungi bahan pengekal kelembapan kulit bermakna, toner membantu untuk mengekalkan kulit yang lembab.


Tiada ulasan :

Catat Ulasan