"‎ لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ"

Tips mengecilkan pori-pori muka

Liang pori yang lebih kecil membuat kulit anda kelihatan licin, lebih lembut, dan lebih muda. Terdapat beberapa perkara yang boleh membuat liang anda kelihatan besar yang boleh membuatkan kulit anda kelihatan kasar dan tidak sekata. Apabila anda mempunyai kulit lembut, anda tidak perlu mengenakan solekan pun kerana kulit wajah yang glowing anda itu pasti membuatkan mata yang memandang anda terpaku. Jadi kami ingin kongsikan beberapa tips kecantikan untuk mengecilkan liang pori wajah anda.



1. Mengambil kolagen

Jika anda ingin mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil, anda benar-benar perlu mencari produk penjagaan kulit yang baik. Amat penting untuk mencari produk yang meningkatkan pengeluaran kolagen wajah. Cari barangan penjagaan kulit yang meningkatkan elastin dalam kulit anda. Dapatkan produk yang mengandungi kolagen untuk menganjalkan kulit wajah anda.

2. Ambil produk yang mengandungi Vitamin C

Vitamin C adalah bahan yang benar-benar perlu jika anda mahu liang kecil. Sebagai hakikatnya, vitamin C itu sendiri akan meningkatkan pengeluaran kulit baharu yang mengandungi kolagen dan elastin. Anda boleh mencari produk-produk yang mengandungi bahan itu atau anda boleh menggabungkan ia ke dalam diet harian anda atau mengambil vitamin sebagai makana tambahan setiap hari.

3. Buang sel kulit mati

Apabila sel-sel kulit mati tidak dibuang dari wajah anda, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada liang pori yang lebih kecil. Anda perlu mencuci muka anda setiap hari.Cari pencuci muka dan pembersih yang mengandungi alpha hydroxy.

4. Buang sebum berlebihan

Sebum berlebihan, atau minyak boleh membesarkan liang anda. Kulit anda secara semulajadi akan menghasilkan sebum, kerana anda perlu sedikit daripada minyak itu. Jadi, anda perlu menggunakan pencuci muka yang boleh membuang minyak di wajah yang berlebihan, akan tetapi, cuba elak dari menggunakan produk yang kasar yang boleh merosakkan wajah anda. Terdapat beberapa topeng muka buatan sendiri anda boleh cuba buat.

5. Stimkan wajah anda 

Anda tidak perlu pergi ke spa untuk mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil. Rawatan wap sangat baik untuk wajah anda dan anda boleh buat di rumah. Apa yang anda perlukan adalah air panas, jus lemon, ais, dan tuala. Isi mangkuk besar dengan air panas dan letakkan muka anda di atasnya selama 3-5 minit. Selepas itu, letakkan beberapa jus lemon di atas kain tuala anda dan sapukan di seluruh muka anda. Bilas dengan air, kemudian sapu ais di seluruh kulit anda. Beri perhatian khusus kepada kawasan liang terbesar. Teruskan rawatan ini untuk setengah minit atau lebih . Liang anda akan menjadi lebih kecil dalam masa yang singkat.

6. Bersihkan wajah daripada sebarang solekan sebelum tidur

Ini adalah salah satu tip penjagaan kulit yang terbaik untuk membuat liang anda lebih kecil, tetapi majoriti wanita cenderung untuk mengabaikannya termasuk diri saya sendiri.  Ada wanita yang malas untuk mencuci wajah mereka sebelum tidur dan merungut apabila liang pori wajah mereka besar. Jadi cuba untuk membersihkan wajah anda sekerap mungkin kerana bukan sahaja liang akan tersumbat dengan lebih cepat, tetapi jerawat juga akan tumbuh di wajah mulus anda.

7. Gunakan topeng wajah /masker kecantikan

Cuba untuk gunakan topen wajah atau facemask untuk mengekalkan kebersihan wajah anda. Terdapat beberapa resepi topeng wajah di Wanista.com yang boleh anda cuba

Kebaikan toner / penyegar muka

Kenapa Perlu Pakai Toner (Penyegar Kulit)? – Bila sebut tentang penjagaan kulit wajah, rata-rata memang ramai yang rajin mencuci wajah dengan pencuci muka tapi sayang kerana ianya hanya terhenti di situ sahaja termasuklah saya sebelum ini.  Apatah lagi mahu menyapu toner ke muka. Memang jauh sekali. TETAPI, saya yang sekarang tidak lagi .



Segalanya berubah bila saya mengetahui betapa pentingnya perlu pakai toner untuk kulit wajah yang cantik hasil tarbiyah seorang kakak manis ini.Jadi sekarang saya mahu kongsikan dengan anda semua, kenapa perlu pakai toner ( penyegar kulit).

Apa yang pencuci muka lakukan pada muka kita?
Apabila kita mencuci muka, pencuci muka akan menanggalkan segala kotoran dan menghilangkan minyak dalam liang-liang pori di kulit. Hasilnya, liang-liang pori akan terbuka selepas dicuci. Jika anda sekadar mencuci muka sahaja, kebarangkalian untuk liang pori anda semakin membesar ataupun muncul jerawat-jerawat halus adalah lebih tinggi dan membawa kepada masalah kulit kering dan kusam. Untuk mereka yang memakai solekan di muka, pencuci muka sahaja tidak memadai untuk membuang baki solekan di muka anda, Di sini pentingnya untuk menggunakan toner yang ramai orang suka skip.

Kenapa Toner Penting Untuk Penjagaan Kulit Wajah ?(1)

(1) Imbang pH kulit

Kulit wajah kita adalah dalam keadaan berasid secara semulajadi di antara pH5~6. Rata-rata pencuci muka mempunyai sifat beralkali menyebabkan imbangan pH kulit terganggu selepas mencuci wajah. Jadi, kulit muka perlu bekerja lebih masa untuk mengembalikan pH asal dan mungkin membawa kepada masalah minyak berlebihan. Dengan menggunakan toner, proses ini dapat dilakukan dengan lebih cepat.

(2) Mengecilkan liang-liang pori 

Toner akan menutup kembali liang-liang pori yang terbuka selepas proses mencuci. Penggunaan toner secara konsisten setiap hari akan memberikan kulit dengan pori yang semakin kecil

(3) Membentuk lapisan pelindung di kulit

Toner membantu mengecilkan jurang di antara sel-sel kulit selepas mencuci kulit seterusnya mengurangkan risiko kotoran-kotoran daripada alam sekitar tersumbat di kulit wajah, Ia juga melindungi kulit muka terdedah terus kepada klorin dan mineral lain yang terkandung di dalam air paip

(4) Memberikan kelembapan kulit

Sesetengah toner mengandungi bahan pengekal kelembapan kulit bermakna, toner membantu untuk mengekalkan kulit yang lembab.