"‎ لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ"

Keserasian Darah


* Individu berjenis darah AB mempunyai kedua-dua antigen A dan B di permukaan SDM-nya, dan serum darah yang tidak mengandungi apa-apa antibodi yang melawan antigen A atau B. Oleh itu, individu berdarah jenis AB boleh menerima darah dari mana-mana kumpulan darah (tetapi AB diberi keutamaan), tetapi boleh menderma darah kepada penerima berjenis AB sahaja.

* Individu berjenis darah A mempunyai antigen A di permukaan SDM-nya, dan serum darah yang mengandungi antibodi IgM yang melawan antigen B. Oleh itu, individu berdarah jenis A boleh menerima darah dari penderma berdarah jenis A atau O sahaja (tetapi A diberi keutamaan), serta boleh menderma darah kepada penerima berjenis A atau AB.

* Individu berjenis darah B mempunyai antigen B di permukaan SDM-nya, dan serum darah yang mengandungi antibodi IgM yang melawan antigen A. Oleh itu, individu berdarah jenis B boleh menerima darah dari penderma berdarah jenis B atau O sahaja (tetapi B diberi keutamaan), serta boleh menderma darah kepada penerima berjenis B atau AB.

* Individu berjenis darah O tiada antigen A atau B di permukaan SDM-nya tetapu serum darahnya mengandungi antibodi IgM anti-A dan anti-B yang melawan antigen-antigen A dan B. Oleh itu, individu berdarah jenis O boleh menerima darah dari penderma berjenis O sahaja, tetapi boleh menderma darah kepada kepada mana-mana kumpulan darah (A, B, O atau AB). Sekiranya ada sesiapa yang memerlukan pemindahan darah dalam kecemasan genting, dan masa yang diambil untuk memproseskan darah penerima mungkin mengambil masa terlalu lama, darah O negatif boleh digunakan. 



Tiada ulasan :

Catat Ulasan