"‎ لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ"

kata inspirasi

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk  seribu kata-kata, seribu bahasa. 
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni

Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.
Teruskan perjuangan kita walaupun  terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup

Hidup umpama aiskrim.
Nikmatilah ia sebelum cair

jika anda bersahabat bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda tersebut,
jika anda bermusuhan dengan sahabat anda bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan.

Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya.
Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya.

Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. 
Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan

Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain,
 janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta,
 apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari,
 tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri